Kesihatan jiwa dan kekuatan
iman merupakan salah satu perkara yang termasuk di dalam konsep kesihatan.
Namun islam juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kekuatan jasmani. Islam
menggalakkan umatnya untuk sihat dan kuat sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam
surah al-Anfal ayat 60 yang bermaksud “Dan hendaklah kamu bersedia (untuk
berjihad) semampu mungkin dengan segala kekuatan.” Seterusnya, pepatah arab
juga ada menyebut “otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat.”
Ini semua dapat diperoleh
dengan bersukan atau melakukan beberapa pergerakan tubuh badan tertentu. Mukmin
yang kuat dapat membantu orang yang lemah serta dapat memantapkan keperibadian
dan dapat dijadikan sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. Di samping itu,
orang yang aktif bersenam dan bersukan boleh mencegah dirinya daripada serangan
penyakit-penyakit yang kronik.
Antara senaman yang dapat
membantu mencegah penyakit adalah senaman yang sistematik. Iaitu senaman dengan
mengerakkan tubuh badan serta bahagian tertentu bagi fungsi tertentu. Sebagai
contoh, dalam kajian telah membuktikan bahawa senaman ini dapat mempengaruhi
keadaan jantung yang tidak normal kepada jantung yang normal seperti degupan
jantung akibat daripada saluran alteri utama jantung tersumbat atau sempit.
Senaman atau bersukan juga dapat mencegah tekanan darah tinggi serta penyakit
kencing manis kerana ketika seseorang itu sedang bersukan, dalam waktu yang
sama ia dapat membakar segala kolestrol walaupun sedikit demi sedikit.
No comments:
Post a Comment