Tuesday, 17 November 2015

Entri 3: Pendidikan

Tajuk: Gangguan Emosi dalam Kalangan Pelajar

Gangguan emosi boleh ditakrif sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Antara gangguan personaliti yang berlaku ialah antisosial. Terdapat beberapa punca gangguan emosi dalam kalangan pelajar.
Antara punca gangguan emosi adalah persekitaran sekolah. Ini kerana persekitaran yang kurang memberangsangkan sebagai contohnya ia mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.
Di samping itu, pengaruh keluarga juga menjadi punca gangguan emosi. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

Kesimpulannya, perkara sedemikian perlu diambil berat terhadap semua pihak agar ia dapat membendung perkara sedemikian berlaku dan ia akan menjejaskan pendidikan kanak-kanak itu sendiri.

No comments:

Post a Comment