Tuesday, 17 November 2015

Entri 3: Pendidikan

Tajuk: Gangguan Emosi dalam Kalangan Pelajar

Gangguan emosi boleh ditakrif sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Antara gangguan personaliti yang berlaku ialah antisosial. Terdapat beberapa punca gangguan emosi dalam kalangan pelajar.
Antara punca gangguan emosi adalah persekitaran sekolah. Ini kerana persekitaran yang kurang memberangsangkan sebagai contohnya ia mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.
Di samping itu, pengaruh keluarga juga menjadi punca gangguan emosi. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

Kesimpulannya, perkara sedemikian perlu diambil berat terhadap semua pihak agar ia dapat membendung perkara sedemikian berlaku dan ia akan menjejaskan pendidikan kanak-kanak itu sendiri.

Thursday, 5 November 2015

Entri: 2: Kesihatan

Tajuk: Sihat dengan Bersukan


Kesihatan jiwa dan kekuatan iman merupakan salah satu perkara yang termasuk di dalam konsep kesihatan. Namun islam juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kekuatan jasmani. Islam menggalakkan umatnya untuk sihat dan kuat sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anfal ayat 60 yang bermaksud “Dan hendaklah kamu bersedia (untuk berjihad) semampu mungkin dengan segala kekuatan.” Seterusnya, pepatah arab juga ada menyebut “otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat.”
Ini semua dapat diperoleh dengan bersukan atau melakukan beberapa pergerakan tubuh badan tertentu. Mukmin yang kuat dapat membantu orang yang lemah serta dapat memantapkan keperibadian dan dapat dijadikan sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. Di samping itu, orang yang aktif bersenam dan bersukan boleh mencegah dirinya daripada serangan penyakit-penyakit yang kronik.

Antara senaman yang dapat membantu mencegah penyakit adalah senaman yang sistematik. Iaitu senaman dengan mengerakkan tubuh badan serta bahagian tertentu bagi fungsi tertentu. Sebagai contoh, dalam kajian telah membuktikan bahawa senaman ini dapat mempengaruhi keadaan jantung yang tidak normal kepada jantung yang normal seperti degupan jantung akibat daripada saluran alteri utama jantung tersumbat atau sempit. Senaman atau bersukan juga dapat mencegah tekanan darah tinggi serta penyakit kencing manis kerana ketika seseorang itu sedang bersukan, dalam waktu yang sama ia dapat membakar segala kolestrol walaupun sedikit demi sedikit.

Tuesday, 20 October 2015

entri 1: Mengenai Diri

Asslamualaikum w.b.t.,         
            Bermula kata-kata dengan salam sebagai tanda pembuka bicara. Bermulanya berbicara dengan memperkenalkan diri serta sejarah hidup yang pernah aku lalui. Nama di beri Mohammad Ezzar Shah Bin Hamsari. Dilahirkan pada 05/03/1994 bersamaan bulan ramadhan. Pada hari itulah telah mengukir satu senyuman kepada kedua ibubapaku. Allah s.w.t. telah menganugerahkan lima orang cahaya mata kepada kedua orang tuaku. Alhamdhulillah walaupun semuanya selamat dilahirkan namun dua daripada lima adik beradik ku lahir dalam keadaan tidak cukup bulan. Kesemuanya diberikan kesihatan tubuh badan yang sihat walaupun pada awalnya kesemuanya adik beradik ku mempunyai sakit kuning. Ujian dan cabaran yang amat besar dan Hanya Allah s.w.t. sahaja dapat membalas segala jasa mereka dengan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Kasih sayang yang mereka berikan tidak ada dijual di mana-mana sehingga mereka sanggup berjaga siang dan malam demi menjamin tumbesaran anak-anaknya tidak terbantut. Aku berasal dari keluarga yang amat sederhana tanpa disediakan harta yang berluak-luak namun keluarga aku tetap bahagia. Ayah aku seorang tentera polis dan mak aku seorang suri rumah sepenuh masa namun ada masanya mak aku telah mengambil upah untuk mengait benanagar dijadikan pelapik meja atau hiasan. Aku juga merupakan seorang pelajar yang paling pemalu dan segan atau boleh disimpulkan sebagai seorang yang pendiam untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Oleh kerana itu, aku tidak mempunyai ramai kawan.
            Seterusnya aku bermula dengan pembelajaran sejak berumur 4 tahun di rumah dan sehingga kini ku masih belajar, iaitu di Kolej Teknologi Alpha dalam kos ijazah sarjana muda komunikasi. Bak kata pepatah biar penuh ilmu di dada kerana ilmu ini sangat penting supaya kita ini tidak mudah tertipu dan terpengaruh. Cikgu aku pernah berpesan “ilmu yang dicari itu tidak pernah habis kerana makin dicari makin banyak yang kita tidak tahu”inilah kata-yang ku pegang sehingga kini.

            Akhir sekali inginku bercerita mengenai pengalaman yang pernah aku lalui selama aku hidup di atas bumi ini. Bermula dengan beberapa kisah silam aku yang aku telah tempuhi iaitu, pada umur 18 tahun aku telah di bedah akibat appendix yang dikatakan tahap bahaya namun Alhamdhulillah diberi peluang dan umur yang panjang untuk bernafas dimuka bumi ini. Seterusnya ketika aku sedang menduduki peperiksaan SPM ayah aku telah jatuh sakit dan dimasukkan ke wad selama dua minggu akibat masalah buah pinggang yang tersumbat dengan batu karang. Seterusnya sewaktu aku berada di tingkatan 6 rendah, ayah aku dimasukkan wad sekali lagi kerana tetiba pengsan setelah membuat ‘medical checkup’. Setelah mengetahui keputusan ayah aku terpaksa menjalani dialisi seumur hidup selagi tiada penderma buah pinggang sebanyak 3 kali seminggu. Setelah itu mak aku pula telah dimasukkan ke dalam hospital akibat batuk berpanjangan dan dikatakn paru-paru berair. Pada ketika itu aku sedang menduduki peperiksaan penggal dua. Sememangnya terlalu banyak dugaan dan ujian yang Allah s.w.t. telah berikan terhadap keluarga aku. Namun aku tetap bersyukur apa yang Allah s.w.t. berikan kepada aku kerana aku percaya janji Allah bahawa setiap yang Allah uji pasti akan ada hikmahnya. Aku rasa gembira dengan ujian yang diberi kerana ia akan lebih merapatkan hubungan kami sekeluarga. Sesudah berbicara akhir kata penutup bicara, salam perpisahan sebagai kata-kata, maaf dipinta agar tiada mengata, akhir kata sekadar ini cerita saya. Jika ada sumur diladang, kalau boleh menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, in Sha Allah kita akan bersua lagi.
wasallam...