Tuesday, 20 October 2015

entri 1: Mengenai Diri

Asslamualaikum w.b.t.,         
            Bermula kata-kata dengan salam sebagai tanda pembuka bicara. Bermulanya berbicara dengan memperkenalkan diri serta sejarah hidup yang pernah aku lalui. Nama di beri Mohammad Ezzar Shah Bin Hamsari. Dilahirkan pada 05/03/1994 bersamaan bulan ramadhan. Pada hari itulah telah mengukir satu senyuman kepada kedua ibubapaku. Allah s.w.t. telah menganugerahkan lima orang cahaya mata kepada kedua orang tuaku. Alhamdhulillah walaupun semuanya selamat dilahirkan namun dua daripada lima adik beradik ku lahir dalam keadaan tidak cukup bulan. Kesemuanya diberikan kesihatan tubuh badan yang sihat walaupun pada awalnya kesemuanya adik beradik ku mempunyai sakit kuning. Ujian dan cabaran yang amat besar dan Hanya Allah s.w.t. sahaja dapat membalas segala jasa mereka dengan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Kasih sayang yang mereka berikan tidak ada dijual di mana-mana sehingga mereka sanggup berjaga siang dan malam demi menjamin tumbesaran anak-anaknya tidak terbantut. Aku berasal dari keluarga yang amat sederhana tanpa disediakan harta yang berluak-luak namun keluarga aku tetap bahagia. Ayah aku seorang tentera polis dan mak aku seorang suri rumah sepenuh masa namun ada masanya mak aku telah mengambil upah untuk mengait benanagar dijadikan pelapik meja atau hiasan. Aku juga merupakan seorang pelajar yang paling pemalu dan segan atau boleh disimpulkan sebagai seorang yang pendiam untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Oleh kerana itu, aku tidak mempunyai ramai kawan.
            Seterusnya aku bermula dengan pembelajaran sejak berumur 4 tahun di rumah dan sehingga kini ku masih belajar, iaitu di Kolej Teknologi Alpha dalam kos ijazah sarjana muda komunikasi. Bak kata pepatah biar penuh ilmu di dada kerana ilmu ini sangat penting supaya kita ini tidak mudah tertipu dan terpengaruh. Cikgu aku pernah berpesan “ilmu yang dicari itu tidak pernah habis kerana makin dicari makin banyak yang kita tidak tahu”inilah kata-yang ku pegang sehingga kini.

            Akhir sekali inginku bercerita mengenai pengalaman yang pernah aku lalui selama aku hidup di atas bumi ini. Bermula dengan beberapa kisah silam aku yang aku telah tempuhi iaitu, pada umur 18 tahun aku telah di bedah akibat appendix yang dikatakan tahap bahaya namun Alhamdhulillah diberi peluang dan umur yang panjang untuk bernafas dimuka bumi ini. Seterusnya ketika aku sedang menduduki peperiksaan SPM ayah aku telah jatuh sakit dan dimasukkan ke wad selama dua minggu akibat masalah buah pinggang yang tersumbat dengan batu karang. Seterusnya sewaktu aku berada di tingkatan 6 rendah, ayah aku dimasukkan wad sekali lagi kerana tetiba pengsan setelah membuat ‘medical checkup’. Setelah mengetahui keputusan ayah aku terpaksa menjalani dialisi seumur hidup selagi tiada penderma buah pinggang sebanyak 3 kali seminggu. Setelah itu mak aku pula telah dimasukkan ke dalam hospital akibat batuk berpanjangan dan dikatakn paru-paru berair. Pada ketika itu aku sedang menduduki peperiksaan penggal dua. Sememangnya terlalu banyak dugaan dan ujian yang Allah s.w.t. telah berikan terhadap keluarga aku. Namun aku tetap bersyukur apa yang Allah s.w.t. berikan kepada aku kerana aku percaya janji Allah bahawa setiap yang Allah uji pasti akan ada hikmahnya. Aku rasa gembira dengan ujian yang diberi kerana ia akan lebih merapatkan hubungan kami sekeluarga. Sesudah berbicara akhir kata penutup bicara, salam perpisahan sebagai kata-kata, maaf dipinta agar tiada mengata, akhir kata sekadar ini cerita saya. Jika ada sumur diladang, kalau boleh menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, in Sha Allah kita akan bersua lagi.
wasallam...

No comments:

Post a Comment