Tajuk: Gangguan Emosi dalam Kalangan Pelajar
Gangguan emosi boleh ditakrif sebagai satu situasi yang
menunjukkan satu atau lebih perwatakan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Kamus
dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai
akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan
sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Antara gangguan
personaliti yang berlaku ialah antisosial. Terdapat beberapa punca gangguan
emosi dalam kalangan pelajar.
Antara punca gangguan emosi adalah persekitaran sekolah.
Ini kerana persekitaran yang kurang memberangsangkan sebagai contohnya ia
mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang mewujudkan
kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.
Di samping itu, pengaruh keluarga juga menjadi punca
gangguan emosi. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak
berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada
juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang
emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang
memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak
tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan
menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam
melaksanakan sesuatu perkara.
Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca
gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada
minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang
itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan
personalitinya. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan
mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini
akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri
dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan
terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior,
rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak
menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu
diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.
Kesimpulannya, perkara sedemikian perlu diambil berat
terhadap semua pihak agar ia dapat membendung perkara sedemikian berlaku dan ia
akan menjejaskan pendidikan kanak-kanak itu sendiri.